Saturday, 25 January 2025

TINGKATAN ENAM

LATAR BELAKANG

Akta Pendidikan 1996 (Akta 550), menyatakan “pendidikan lepas menengah” ertinya Pendidikan yang disediakan untuk seseorang yang sudah tamat mengikut Pendidikan lepas menengah, tetapi tidak termasuk Pendidikan Tinggi.

Tingkatan 6 telah mula beroperasi di sekolah menengah kerajaan dan sekolah menengah bantuan kerajaan lebih daripada 50 tahun dahulu. Pada masa itu, bilangan kelas Tingkatan 6 yang di tawarkan ialah minimum 2 kelas dan maksimum 22 kelas. Terdapat 2 bidang yang ditawarkan iaitu bidang Sains Sosial (Kemanusiaan dan Agama) dan Bidang Sains.

Mulai tahun 2008, langkah penambahbaikan dari segi pengurusan dan fungsi Tingkatan 6 serta kebajikan murid diberi tumpuan untuk mendaikan proses pengajaran dan pembelajaran Tingkatan 6 lebih menarik serta menyediakan suasana pembelajaran yang kondusif. Cadangan penambahbaikan yang disarankan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia pada tahun 2008 merangkumi beberapa aspek seperti pengurusan dan pentadbiran, pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran, penyelidikan an penulisan ilmiah, kemudahan fizikal, serta peranan Jabatan Pendidikan Negeri dan Pejabat Pendidikan Daerah.

Manakala pelaksanaan sistem pentaksiran baharu STPM telah dimulakan pada tahun 2012 setelah diluluskan oleh Mesyuarat Jemaah Menteri (MJM) pada 4 Januari 2012.

Tempoh pengajian di Tingkatan 6 adalah selama tiga semester. Murid yang telah menamatkan pengajian menengah atas dan telah menduduki peperiksaan Siji Pelajaran Malaysia (SPM), layak untuk ditawarkan pengajian di Tingkatan 6 jika memenuhi syarat umum dan syarat khusus bagi bidang yang ditawarkan.


OBJEKTIF

1. Meningkatkan taraf pendidikan ke arah yang lebih tinggi.

2. Memberi pendidikan berdasarkan sistem penggal dan berdaya saing yang tinggi.

3. Memberi pendidikan yang setara dengan program prauniversiti yang lain.

4. Memastikan murid lulusan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) mempunyai nilai kebolehpasaran yang tinggi.

5. Membentuk kepemimpinan menuju ke arah membina Negara Bangsa meliputi aspek perpaduan, patriotisme, dan jati diri bagi mendokong aspirasi nasional.


MATLAMAT

Tingkatan 6 merupakan laluan pendidikan bagi murid lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk mengembangkan bakat dan kreativiti seterusnya menjadi generasi muda berimpak tinggi, glokal dan universal. Mereka ini akhirnya membawa kesejahteraan kepada negara disamping mendapat kelayakan yang memenuhi standard antarabangsa.


PIAGAM PELANGGAN KEMASUKAN MURID KE TINGKATAN ENAM

Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) ke Tingkatan 6 menerima tawaran dalam tempoh 19 hari bekerja sebelum tarikh murid mendaftar.


KERANGKA KONSEPTUAL

1. Kerangka Konseptual Tingkatan 6 yang merangkumi dua komponen utama iaitu kurikulum dan kokurikulum.

2. Matlamat pendidikan Tingkatan 6 adalah bagi membentuk kepimpinan menuju ke arah Membina Negara Bangsa meliputi aspek perpaduan, patriotisme, jati diri bagi mendokong aspirasi nasional. Mendidik murid secara menyeluruh berdasarkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan berupaya memikul tanggungjawab, prihatin, berinovatif, matang, berjiwa kendiri, berpandangan jauh, keteguhan jati diri dan berbudaya penyayang.

3. Tiga kemahiran utama yang diterapkan dalam pendidikan Tingkatan 6 ialah kemahiran kognitif, kemahiran manipulatif dan kemahiran insaniah (soft skills).

4. Tempoh pengajian di Tingkatan 6 adalah selama 1½ tahun yang merangkumi tiga penggal. Penggal 1 bermula dari bulan Mei hingga November, Penggal 2 bermula dari bulan Januari hingga Mei dan Penggal 3 bermula dari bulan Mei hingga November.

5. Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) mendapat pengikhtirafan daripada Kerajaan Malaysia, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), dan Cambridge Assessment, England. Sijil STPM turut diterima oleh JPA untuk menjawat perjawatan dalam perkhidmatan kerajaan. Murid yang memperoleh keputusan cemerlang dalam peperiksaan STPM dan kokurikulum layak memohon untuk melanjutkan pelajaran ke Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dalam dan luar negara.

6. Kegiatan kokurikulum Tingkatan 6 mesti dinilai berdasarkan format atau kaedah yang tetap dan diiktiraf agar keesahan dan kebolehpercayaan hasil penilaian itu tidak dipertikaikan, lebih-lebih lagi apabila markah kokurikulum dijadikan sebahagian daripada markah penilaian kemasukan ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA). Penstrukturan dan penjenamaan semula Tingkatan 6 turut melibatkan perubahan pengoperasian kokurikulum. Oleh itu, pengurusannya boleh diadakan secara berasingan daripada kegiatan kokurikulum arus perdana.


SYARAT KEMASUKAN

Syarat Am

1. Lulus SPM dengan mendapat sekurang-kurangnya kepujian bagi mata pelajaran Bahasa Melayu.

2. Berumur antara 17 hingga 20 tahun pada 1 Januari tahun semasa.

Syarat Khas

Bidang STEM - Mendapat sekurang-kurangnya TIGA kepujian dengan jumlah mata gred tidak melebihi 18 unit bagi 3 mata pelajaran dalam kumpulan yang ditetapkan.

Bidang Sains Sosial

Sekolah Menengah Harian

Mendapat sekurang-kurangnya TIGA kepujian dengan jumlah mata gred tidak melebihi 12 unit bagi 3 mata pelajaran dalam kumpulan yang ditetapkan.

Sekolah Menengah Agama Di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) dan Sekolah Menengah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) 

1. Mendapat sekurang-kurangnya Gred D bagi mata pelajaran Bahasa Arab/Al-Lughah Al-Arabiah Al-Mu'asirah/Turath Bahasa Arab; dan

2. Mendapat sekurang-kurangnya TIGA kepujian dengan jumlah mata gred tidak melebihi 14 unit bagi 3 mata pelajaran dalam kumpulan yang ditetapkan.

Sekolah Menengah Agama Di Sekolah Berasrama Penuh bagi Kolej Islam Sultan Alam Shah (KISAS) dan Sekolah Menengah Agama Persekutuan (SMAP) Labu

1. Mendapat sekurang-kurangnya Gred C dalam mata pelajaran Bahasa Arab/Al-Lughah Al-Arabiah Al-Mu'asirah/Turath Bahasa Arab; dan

2. Mendapat sekurang-kurangnya TIGA kepujian dengan jumlah mata gred tidak melebihi 14 unit bagi 3 mata pelajaran dalam kumpulan yang ditetapkan.


SYARAT KEMASUKAN (MURID BEKERPERLUAN KHAS)

Syarat Am

1. Lulus SPM dengan mendapat sekurang-kurangnya lulus bagi mata pelajaran Bahasa Melayu.

2. Berumur antara 17 hingga 21 tahun pada 1 Januari tahun semasa.

Syarat Khas

Bidang STEM

Mendapat sekurang-kurangnya TIGA kepujian dengan jumlah mata gred tidak melebihi 18 unit bagi 3 mata pelajaran dalam kumpulan yang ditetapkan.

Bidang Sains Sosial

Sekolah Menengah Harian

Mendapat sekurang-kurangnya TIGA kepujian dengan jumlah mata gred tidak melebihi 18 unit bagi 3 mata pelajaran dalam kumpulan yang ditetapkan.

Sekolah Menengah Agama Di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) dan Sekolah Menengah Agama Bantuan Kerajaan (SABK)

1. Mendapat sekurang-kurangnya Gred D bagi mata pelajaran Bahasa Arab/Al-Lughah Al-Arabiah Al-Mu'asirah/Turath Bahasa Arab; dan

2. Mendapat sekurang-kurangnya TIGA kepujian dengan jumlah mata gred tidak melebihi 18 unit bagi 3 mata pelajaran dalam kumpulan yang ditetapkan.

Sekolah Menengah Agama Di Sekolah Berasrama Penuh bagi Kolej Islam Sultan Alam Shah (KISAS) dan Sekolah Menengah Agama Persekutuan (SMAP) Labu

1. Mendapat sekurang-kurangnya Gred C dalam mata pelajaran Bahasa Arab/Al-Lughah Al-Arabiah Al-Mu'asirah/Turath Bahasa Arab; dan

2. Mendapat sekurang-kurangnya TIGA kepujian dengan jumlah mata gred tidak melebihi 18 unit bagi 3 mata pelajaran dalam kumpulan yang ditetapkan.


PENJENAMAAN SEMULA

Penjenamaan Semula Tingkatan 6 menjadi salah satu inisiatif Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 - 2025 dengan hasrat untuk:

1. Memperkasa pendidikan Tingkatan 6 melalui peningkatan imej, sistem, dan kualiti pendidikan setaraf dengan pendidikan lepasan menengah yang lain selepas SPM seperti Matrikulasi atau pusat asasi sains, kerana ianya dilihat sebagai salah satu laluan utama murid-murid untuk melanjutkan pelajaran ke universiti.

2. Mengubah persepsi masyarakat terhadap pendidikan Tingkatan 6.

3. Membangun dan memupuk nilai kepimpinan yang tinggi dalam kalangan murid Tingkatan 6.

Lima fokus utama Penjenamaan Semula Tingkatan 6 adalah seperti yang berikut:

1. Imej dan Anjakan Minda

2. Info dan Infrastruktur

3. Pengurusan dan Pentadbiran

4. Mod Pengajaran dan Pembelajaran (PdP)

5. Kurikulum


TEMPOH PENGAJIAN

Tempoh pengajian di Tingkatan 6 adalah selama 1 ½ tahun:

1. Semester 1 

  • Pengajaran dan Pembelajaran (PdP)
  • Kerja Kursus (mata pelajaran berkenaan sahaja)
  • Peperiksaan Semester 1 (S1) 

2. Semester 2

  • Pengajaran dan Pembelajaran (PdP)
  • Kerja Kursus (mata pelajaran berkenaan sahaja)
  • Peperiksaan Semester 2 (S2)

3. Semester 3

  • Pengajaran dan Pembelajaran (PdP)
  • Kerja Kursus (mata pelajaran berkenaan sahaja)
  • Peperiksaan Semester 3 (S3), peperiksaan Ulangan 1 (U1) dan peperiksaan Ulangan 2 (U2)

Kandungan kurikulum dibahagikan kepada tiga bahagian berdasarkan kelompok tajuk atau mengikut kesesuaian bidang kajian disiplin berkenaan untuk mengisi tiga Semester, iaitu S1, S2 dan S3 dalam tempoh pengajian selama 1½ tahun.


PUSAT TINGKATAN ENAM

Kolej Tingkatan Enam

1. Mod 1 - Sekolah yang mempunyai sekurang-kurangnya 12 kelas yang menempatkan hanya murid-murid Tingkatan Enam dan diajar oleh guru-guru akademik yang telah dilantik sebagai guru Tingkatan Enam.

2. Mod 2 - Sekolah yang mempunyai sekurang-kurangnya 12 kelas, beroperasi di sekolah arus perdana tetapi di blok atau bangunan yang berasingan. Walau bagaimanapun, Pusat Mod 2 ditadbir oleh Pengetua arus dengan kerjasama Penolong Kanan Tingkatan Enam.

3. Mod 3 - Sekolah yang mempunyai kurang daripada 12 kelas atau sekolah yang jauh daripada bandar, tiada kemudahan asrama atau pengangkutan awam, dan beroperasi di sekolah arus perdana.


KURIKULUM

Pelaksanaan sistem pentaksiran baharu STPM telah dimulai pada pengambilan sesi 2012 setelah diluluskan oleh Mesyuarat Jemaah Menteri (MJM) pada 4 Januari 2012.

Sebanyak 22 mata pelajaran ditawarkan dalam sistem pentaksiran baharu STPM. Namun begitu, hanya empat atau lima mata pelajaran sahaja yang perlu dipilih termasuk mata pelajaran Pengajian Am sebagai mata pelajaran wajib. Manakala mata pelajaran MUET wajib diambil oleh semua murid.

Mulai tahun 2019, mata pelajaran Tahfiz Al-Quran telah dimasukkan sebagai salah satu mata pelajaran STPM, menjadikan jumlah keseluruhan mata pelajaran yang ditawarkan adalah sebanyak 23 mata pelajaran.

Mata pelajaran STPM yang ditawarkan adalah seperti yang berikut:

1. 900 Pengajian Am

2. 910 Bahasa Melayu

3. 911 Bahasa Cina

4. 912 Bahasa Tamil

5. 913 Bahasa Arab

6. 920 Literature in English

7. 922 Kesusasteraan Melayu Komunikatif

8. 930 Syariah

9. 931 Usuluddin

10. 940 Sejarah

11. 942 Geografi

12. 944 Ekonomi

13. 946 Pengajian Perniagaan

14. 948 Perakaunan

15. 950 Mathematics (M)

16. 954 Mathematics (T)

17. 958 Information and Communications Technology (ICT)

18. 960 Physics

19. 962 Chemistry

20. 964 Biology

21. 966 Sains Sukan

22. 970 Seni Visual

23. 932 Tahfiz Al-Quran

Tiga kemahiran utama yang diterapkan dalam pendidikan Tingkatan 6 ialah kemahiran kognitif, kemahiran manipulatif, dan kemahiran insaniah (soft skills).


KOKURIKULUM

Semua murid Tingkatan 6 wajib terlibat dalam aktiviti kokurikulum dan pemarkahan 10 peratus kokurikulum adalah berdasarkan pengiraan dua markah tertinggi dalam bidang berikut:

1. Kelab/Persatuan

2. Sukan/Permainan

3. Badan Beruniform


PENTAKSIRAN DAN YURAN

Pentaksiran

Pentaksiran dilaksanakan melalui peperiksaan akhir berpusat (wajaran 60% - 80%) dan kerja kursus (wajaran 20% - 40%). Peratusan wajaran adalah berbeza mengikut mata pelajaran. Murid mesti menduduki peperiksaan akhir berpusat S1, S2 dan S3. Murid juga mesti melaksanakan Kerja Kursus.

Murid akan menerima keputusan peperiksaan setiap Semester. Mereka boleh memperbaiki keputusan peperiksaan S1 dan S2 dengan menduduki peperiksaan U1 dan/atau U2. Pentaksiran pencapaian murid dan keputusan peperiksaan adalah berdasarkan ketiga-tiga Semester. Keputusan keseluruhan peperiksaan STPM adalah kumulatif keputusan terbaik bagi ketiga-tiga Semester seperti yang berikut:

Terbaik [(S1 atau U1) + (S2 atau U2) + S3 + Kerja Kursus]

Yuran

Yuran peperiksaan bagi empat atau/dan lima mata pelajaran adalah percuma bagi calon Sekolah Kerajaan dan Sekolah Bantuan Kerajaan, kecuali calon sekolah swasta dan persendirian individu.


ELAUN TINGKATAN ENAM

Tiada elaun diberikan.


KONSEP TINGKATAN ENAM

Persekitaran sama seperti di sekolah menengah.


PERMINDAHAN KREDIT TINGKATAN ENAM (CREDIT TRANSFER)

Tiada pemindahan kredit di peringkat Ijazah Sarjana Muda.


PELUANG TINGKATAN ENAM KE IJAZAH SARJANA MUDA

1. Dalam Negara

2. Luar Negara


PENGIKTIRAFAN TINGKATAN ENAM

1. IPTA menerima Lepasan STPM.

2. IPTS menerima Lepasan STPM.

3. Universiti Luar Negara menerima Lepasan STPM.

4. Lepasan STPM diterima bekerja dalam perkhidmatan awam.


BANTUAN KECIL PERSEKUTUAN

Jenis Bantuan

Bantuan Khusus

Pengenalan

Biasiswa ini telah diperkenalkan sejak tahun 1970-an yang bertujuan untuk meningkatkan motivasi dan memberi perangsang kepada murid dari golongan keluarga berpendapatan rendah supaya mengekalkan kecemerlangan dalam bidang akademik dan kokurikulum sepanjang persekolahan di peringkat sekolah menengah.

Kadar

1. Tingkatan 1 hingga 4 dan Tahun 1 KV: RM70.00 sebulan x 12 bulan.

2. Tingkatan 5 dan Tahun 2 KV: RM70.00 sebulan x 11 bulan.

3. Tingkatan 6 Rendah (Aliran Sains): RM110.00 sebulan x 7 bulan.

4. Tingkatan 6 Atas (Aliran Sains): RM110.00 sebulan x 11 bulan.

5. Tingkatan 6 Rendah (Aliran Sastera) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM): RM90.00 sebulan x 7 bulan.

6. Tingkatan 6 Atas (Aliran Sastera): RM90.00 sebulan x 11 bulan.

Pemilihan

1. Murid Warganegara Malaysia.

2. Tingkatan 1 hingga 6 yang bersekolah di Sekolah Kerajaan (SK) dan Sekolah Bantuan Kerajaan (SBK) termasuk murid Tahun 1 dan Tahun 2 Kolej Vokasional dan murid yang menduduki STAM.

3. Pendapatan ibu dan bapa/ penjaga RM2,589 sebulan dan ke bawah.

4. Cemerlang dalam akademik dan kokurikulum mengikut merit yang ditetapkan.

5. Tidak menerima sebarang biasiswa atau elaun/insentif kewangan lain daripada agensi kerajaan dan bukan kerajaan.

Kaedah Penyaluran

Biasiswa disalurkan terus oleh KPM ke akaun murid yang layak.

Punca Kuasa

Surat Pekeliling Kewangan Bil. 2 Tahun 2024


PERMOHONAN KEMASUKAN KE TINGKATAN ENAM

Calon Lepasan SPM tidak perlu membuat permohonan untuk memasuki Tingkatan Enam Semester 1 selepas keputusan SPM diumumkan kerana calon Lepasan SPM yang layak dan memenuhi syarat akan ditawarkan ke Tingkatan Enam secara automatik.


KATEGORI PELAJAR YANG PERLU MEMBUAT PERMOHONAN DAN TIDAK PERLU MEMBUAT PERMOHONAN KEMASUKAN KE TINGKATAN ENAM

Perlu Membuat Permohonan

1. Pelajar Lepasan SPM Bukan Tahun Semasa

2. Calon Persendirian/Sekolah Swasta/Bukan Warganegara

3. Pelajar Lepasan UEC/Sekolah Integriti

4. Pelajar Sekolah Menengah Agama Negeri

5. Pelajar yang menolak tawaran universiti

Tidak Perlu Membuat Permohonan

1. Pelajar Lepasan SPM Tahun Semasa

2. Pelajar Sekolah Bantuan Kerajaan

3. Pelajar Lepasan MRSM dan SBP

4. Pelajar Lepasan SVM

5. Pelajar Program Vokasional Menengah Atas


JADUAL WAJARAN MATA GRED SPM